Sumber:--->Kongsi Sedap
Makanan laut yang boleh dipelbagaikan cara masakannya ialah udang. Kebanyakkan kita udang akan digoreng begitu saja atau dijadikan rencah tomyam. Resepi kali memberi kelainan dalam masakan anda kerana udang akan dicampurkan dengan telur masin. Pasti rasanya akan menambat selera anda. Bagi yang tidak pernah mencuba masakan ini apa kata anda mencubanya..
Bahan-bahan: 500g udang saiz sederhana (dibuang kepala), serbuk lada sulah, tepung jagung, 1 sudu besar minyak masak,1 sudu besar mentega (majerin), 3 ulas bawang putih (cincang halus), 1 biji cili merah (cincang halus), 1 tangkai daun kari, 2 biji telur masin yang telah direbus (ambil kuning saja)- dilenyek, 1 sudu kecil serbuk pati ayam (1/4 kiub pati ayam), 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air, serbuk lada hitam (pilihan) dan minyak untuk mengoreng.
Cara menyediakannya:
1. Udang diperap bersama serbuk lada sulah (terpulang)
2. Kemudian, salutkan udang dengan tepung jagung.
3. Gorengkan udang dalam minyak banyak (deep fry) selama 20-30 saat. Garingkan bahagian luar udang saja. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali lain. Tumiskan bawang putih, cili merah dan daun kari sehingga naik bau.
5. Masukkan pati ayam, gula, lada hitam (kepada yang suka) dan air.
6. Diikuti dengan udang dan dimasak seketika.
7. Tambahkan telur masin yang telah dilenyek tadi dan gaul sebati. Siap dan sedia untuk dihidang.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar