sumber---->Kongsi Sedap
Resepi kali ini agak berlainan kerana ia merupapakan sebahagian daripada masakan cina tapi diolah sedikit untuk tidak menghilangkan rasa masakan melayu. Masakan ini sangat sedap terutamanya bagi mereka yang mengemari kaki ayam.
Bahan-bahan:
10 ketul kaki ayam, cendawan kering (direndam hingga lembut), 5 tangkai cili kering (dipotong ½ inci), halia (dihiris), 1.2 liter air stok ayam, minyak untuk menumis, sedikit minyak bijan, kayu manis, bunga cengkih dan lawang, buah pelaga, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar kicap pekat dan gula.
Cara menyediakannya:
1. Kaki ayam dibersihkan dan digoreng garing. Toskan dan rendamkan dalam air sekurang-kurangnya 1 jam untuk membuangkan minyak yang ada.
2. Minyak masak dicampurkan dengan minyak bijan dan dipanaskan (siapa yang mengemari bijan minyak bijan boleh gunakan tanpa perlu mencampurkan dengan minyak masak).
3. Tumiskan halia yang telah dihiris bersama dengan cili kering . Tumis sehingga layu dan garing.
4. Masukkan air stok ayam, cendawan dan kaki ayam.
5. Tambahkan rempah penumis (rempah 4 sekawan), kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Biarkan ia mendidih dengan api yang kecil sehingga kaki ayam lembut dan kuahnya tinggal 1/3 daripada jumlah asal.
6. Kalau mahu pekat pun boleh. Rasakan dan letakkan sedikit gula mengikut anggaran. Siap dihidangkan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar