Kamis, 20 Maret 2014

Muffin Labu

Sumber:--->Kongsi Sedap


Resepi pencuci mulut pada kali ini adalah permintaan dari peminat yang mahukan sesuatu masakan yang berkalori rendah. Resepi tersebut adalah muffin labu kukus. Di sini akan diterangkan langkah satu persatu agar campuran dan bentuk muffin akan kelihatan kuning keemasan dan lembut.

Bahan-bahan:
125g labu (dikukus), 1 biji telur, 100g gula,
20g susu pekat, anggaran 80g susu, 30g minyak jagung,
180g tepung rendah gluten, 20g tepung pulut, setengah sudu teh serbuk penaik.

Cara membuatnya:
1. Labu dikukus. Setelah itu, masukkan telur, gula, susu, susu pekat dan minyak ke dalam mesin pengadun. Gaul rata dan ketepikan.
2. Ayak kesemua bahan kering. Kemudian campurkan ia bersama bahan satu tadi.
3. Tuangkan campuran bahan tadi ke dalam acuan muffin. Letakkan acuan ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api yang besar.

Tambahan:
1. Mangkuk kecil (nasi), acuan (untuk kek cawan) atau cawan (untuk pudding) boleh digunakan sebagai acuan untuk membuat muffin selagi kedalamannya agak dalam. Jangan guna acuan yang mempunyai kedalaman yang pendek (contohnya mangkuk nasi Jepun). Ini kerana, muffin tidak akan berkembang dengan cantik seperti bunga yang berkembang
2. Muffin ini jauh berbeza berbanding yang lain kerana menggunakan beras pulut sebagai satu bahannya. Rasa dan aromanya akan sama sekali berbeza. Dinasihat agar muffin ini dimakan terus setelah ia dikukus atau disimpan di dalam peti sejuk dan di kukus semula apabila anda mahu menikmatinya lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar