Kamis, 20 Maret 2014

Bebola Keledek Bersalut Bijan

Sumber:--->Kongsi Sedap

Terdapat pelbagai kaedah atau cara untuk kita menikmati ubi keledek samada ia direbus mahupun digoreng. Ia dibuat menjadi lempeng atau digoreng bersalut dengan tepung. Anda boleh makan apa-apa cara mengikut kesukaan anda.

Hari ini, kami ingin mengesyorkan bebola keledek bersalut bijan. Bebola kecil keemasan yang penuh dengan keharuman bau bijan dan kerangupan bersama kemanisan di dalam pasti akan menarik untuk dicuba. Langkah menyediakan cukup mudah sahaja.

Keledek mengandungi selulosa dan pectin yang tidak mudah dihadam oleh enzim percernaan. Ini akan dapat membantu merangsang sistem percernaan dan mengurangkan sembelit. Selain itu, ia kaya dengan karbohidrat, vitamin dan lain-lain nutrient terutamanya lisin, karotena dan vitamin E. Keledek juga tergolong dalam kumpulan makanan beralkali yang mengandungi banyak kalsium, magnesium, kalium dan mineral lain. Kalsium dan magnesium boleh membantu mencegah osteoporosis. Sementara kalium boleh manghalang tekanan darah tinggi. Pada masa yang sama, keledek juga boleh dimasak bersama bahan lain seperti telur atau daging untuk menghasilkan hidangan yang enak. Mengikut laporan statistik, keledek merupakan satu antioksidan yang berkesan untuk menghapuskan sel-sel tidak baik yang mempunyai kanser.

Sesetengah daripada kita bimbang jika mereka gemuk kerana kandungan dalam keledek. Untuk makluman anda, kemanisan tersebut tidak akan bertukar menjadi lemak. Malahan ia boleh menjadi bahan yang baik untuk badan kita. Pertama, keledek mengandungi rendah kalori dan anda tidak akan makan dengan banyak kerana ia mudah mengenyangkan. Oleh itu, ia pasti akan dapat mengekalkan bentuk badan anda.


Bahan-bahan: Sejumlah keledek, tepung pulut, sedikit bijan putih, gula (bergantung kepada kuantiti keledek dan kemanisan keledek)

Cara membuatnya:
1. Keledek dikukus sehingga ia masak dalam dan luar. Leyek sehingga hancur.
2. Kemudian, gaulkan bersama tepung pulut dan gaulkan sehingga menjadi doh.
3. Uli doh tersebut dan bentuk menjadi bebola kecil
4. Bebola kentang dicelup sedikit dengan air dan disalut dengan bijan. Pastikan bijan menutupi keseluruhan bebola.
5. Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bebola tersebut. Apabila bebola sudah terapung, angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.

Tips:
1. Keledek sendiri tidak berkembang seperti tepung pulut. Oleh itu, untuk lebih kerangupan dan mengembang dengan cantik selepas mengoreng cuba tambah tepung pulut lebih sedikit. Tetapi bebola akan kurang manis dan warna berbeza. Jadi anda mungkin perlu menambah gula untuk mengimbangi rasa tersebut.
2. Bebola keledek dicelup dengan air secepat mungkin sebelum disalutkan dengan bijan. Tekan dengan jari untuk melekatkan bijan dengan bebola keledek.
3. Tidak perlu dikacau bebola apabila mengoreng. Biarkan akan ia kerana secara semulajadi akan terapung apabila ia masak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar