Kamis, 20 Maret 2014

Ayam Lemon Madu

Sumber:--->Kongsi Sedap

Resepi sedap yang ingin dikongsi hari ini adalah ayam lemon madu. Senang saja bahan dan cara penyediaannya. Jika dulu kena pergi ke restoran untuk menikmatinya. Apa kata sekarang anda membuatnya sendiri di rumah. Masak ala-ala chef..bila lagi nak tunjukkan skil yang lama tersimpan tu. Sangat sedap di makan ketika masih panas.

Bahan-bahan: 

200g isi ayam (potong kecil), 80g tepung serbaguna, 1 biji telur, minyak untuk menggoreng
Bahan sos: 2cm halia (dihiris), 3 sudu makan jus lemon, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan tepung jagung, 100ml air, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara menyediakannya:
1. Isi ayam dan tepung digaul rata. Kemudian celupkan ayam dengan putih telur dan salutkan dengan tepung tadi.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Goreng ala-ala deep fry.
3. Goreng sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
4. Bagi membuat sosnya..Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk kecuali jus lemon.
5. Kacau sebati. Masukkan tepung jagung dan air. Laraskan kepekatan sos samada mahu atau kurangkan air/tepung jagung.
6. Masukkan jus lemon sedikit demi sikit.
7. Akhir sekali, tuangkan sos lemon ke atas ayam yang digoreng tadi atau dihidangkan secara berasingan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar