Sumber:--->Kongsi Sedap
Udang yang digoreng bersama telur adalah hidangan yang lazat dan menarik. Hidangan ini sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak kerana ia makanan yang tinggi nutrisi. Walaupun, ia hidangan yang agak mudah tetapi ia memerlukan kemahiran untuk memasaknya. Mari kita cuba!
Bahan-bahan:
300g udang segar, 4 biji telur dan 1 biji putih telur.
Bahan perasa: 2g garam, 1g lada putih, 20g tepung jagung,
15ml kicap, minyak untuk mengoreng dan daun bawang
Cara membuatnya:
1. Cuci udang dan kelar sedikit dibelakang. Cuci bersih dengan air secukupnya.
2. Tips untuk memberikan keranggupan pada udang
i. Masukkan 5g tepung jagung dan gaulkan bersama udang. Kemudian basuh dengan air. Langkah ini diulang 3 kali (di mana jumlah tepung jagung perlu diguna 15g). Toskan.
ii. Perap udang bersama garam dan lada putih. Perapan dibiar seketika sebelum masukkan putih telur. Gaul rata dan 5g tepung jagung dimasuk. Gaul sebati dan disimpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
iii. 4 biji telur dipukul (pastikan tidak dipukul terlalu kuat sehingga wujud buih di permukaan). Tambahkan kicap dan minyak sedikit dan dan gaul sebati.
3. Panaskan kuali dengan kepanasan minyak kira-kira 60%. Masukkan udang dan kacau. Apabila warna udang sudah bertukar kekuningan bolah diangkat.
4. Panaskan kuali. Tuangkan telur tadi bersama daun bawang serta udang. Gaulkan dengan cepat dan angkatkan dari kuali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar