Kamis, 20 Maret 2014

Ayam Gongbao

Sumber:--->Kongsi Sedap

Bahan-bahan
500 gm daging ayam (tanpa tulang) dipotong dadu kecil*
3 sudu kicap, 1/2 sudu sos tiram , garam & serbuk lada sulah secukup rasa *
* perap ayam selama 15 minit. Selepas itu goreng separuh masak.
50 gram kacang gajus (digoreng terdahulu)
2 batang Daun bawang dipotong pendek
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 cm halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos cili & sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Sadur nipis ayam dadu dengan telur, kemudian dengan tepung jagung ,Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.
2.Tumis bawang putih & halia yang sudah dikisar, kemudian masukkan bawang besar.
3.Masukkan ayam yang telah goring , sos tiram, sos cili, garam
4.Bila semuanya sudah sebati bolehlah masukkan kacang gajus, kacau seketika & siap untuk dihidang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar