Kamis, 20 Maret 2014

Peria Masak Taucu

~~~•Resipi ini dikongsi oleh :--->Anne~~~

Bahan-Bahan;
1 biji peria (potongkecil)
300g dada ayam
2 sudu besar taucu
I sudu bawang putih (cincang)
1 sudu tepung jagung
1 sudu kicap
½ sudu sos tiram
1 cawan air
Gula (secukupnya)
Lada putih (secukupnya

Cara membuatnya:
1.Bersihkan peria dan keluarkan bijinya.Kemudian potong kecil-kecil.
2.Rebuskan peria dalam air panas selama 5 minit. Angkat dan toskan airnya.
3.Ayam di gaul dengan tepung jagung dan lada putih. Ketepikan.
4.Panaskan kuali.Tumiskan bawang putih dan masukkan taucu.Kacau sebati. Setelah itu, masukkan ayam dan air.Biarkan ia mendidih.Setelah itu, masukkan sos tiram,kicap, gula dan akhir sekali peria. Kacau semuanya sebati. Setelah ayam masak angkat dan hidangkan…

Ayam Goreng Belacan


Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Anne~~~

Bahan-Bahan:
12 keping kepak ayam(kira-kira1 kg)
5 sudu besartepung jagung
1 biji telur (dipukul)

Bahan perapan:
2 sudu besar pes belacan Lee Kum Kee/apa-apa brand
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halia cincang
1/2sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan

Cara menyediakan:
1.Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian perap bersama semua bahan perapan selama 3-4 jam.
2.Panaskan kuali dan masukkan minyak . Ayam dicelup dalam telur dan disalutkan dengan tepung jagung.
3.Goreng sampai kekuningan/garing. Toskan minyaknya dan siap untuk dihidang.

cake Ber cream

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Vivian Elisa~~~

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis
250ml whipping cream/krim putar
135g yogurt asli
5 sudu gelatin
1 tin buah buahan campuran/ mix fruit
1 bungkus biskuit

Cara membuatnya:
1.Dalam mangkuk besar masukkan whipping cream,susu pekat manis dan yogurt. Gaul sebati semuanya.
2.Masukkan air buah buahan campuran/mix fruit dan gelatin gaul sebati. Kemudian masak sampai cair dan biarkan sejuk.
3.Kemudian masukkan kedalam adunan krim dan gaul rata.
4.Masukkan biskuit dalam acuan atau sponge kek juga boleh digunakan. Kemudian tuangkan krim tadi sampai rata. Kemudian masukkan biskut lagi susun rata dan tuangkan krim lagi. Lakukan proses ini sampai selesai.Setelah itu,hiaskan dengan mix fruit atau apa saja buah yang anda inginkan.
5.Setelah siap simpan dalam peti sejuk dan biarkan 3-4jam. Siap dihidangkan.
Kalau tidak mahu menggunakan biskut boleh juga diganti gunakan kek.Disertakan bahan dan cara membuatnya….

Bahan kek:
4 biji telur
100g tepung jagung
50g gula halus

Cara membuatnya:
1.Pukul telur hingga kembang dan pekat. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sampai gula menjadi cair baru masukkan tepung jagung.
2.Tuangkan dalam loyang nipis dan bakar selama 15 minit pada suhu 160c.

Ayam Bersama Sos Bijan Istimewa

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Hs Hs Vivi~~~~

Bahan-Bahan:
5 ketul paha ayam
3 sudu minyak bijan
3 sudu besar bijan putih
2sudu teh serbuk pati ayam

Bahan perasa:
1 sudu besar cili merah dicincang
1sudu besardaun bawang dicincang
1 sudu besar gula
3sudu besar kicap
4 sudu lada sulah

Cara menyediakan:
1. Goreng/disagai bijan putihdi atas api kecil sehingga warna perang keemasan. Kemudian biarkan ia sejuk.
2. Biji bijan yang sudah di goreng ditumbuk halus atau diblender. Terpulang..
3. Ayam direbus. Air rebusan haruslah melebihi paras paha ayam. kemudian angkat dan ketepikan.
4. Ambil 100ml air rebusan ayam tadi untuk dijadikan kuah atau sosnya. Kemudian masukkan stok ayam/serbuk pati ayam dan masak bersama.
5. Apa bila ayam sudah sejuk, dipotong-potong dan diletakkan dalam piring.
6)Kuah atau sosnya tadi dimasukkan dengan bahan perasa dan bahan-bahan lain.Kesemuanya digaul sebati. Ayam ditaburkan dengan serbuk bijan dan tuangkan sos tadi diatasnya. Siap dan dihidangkan.Selamat mencuba.....

Kek Span Oren

sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:--> Yaw Meei Ing~~~~


Bahan-bahan:
7 biji kuning telur, 7 biji telur putih
150g gula halus
secubit garam
3 sudu besar minyak jagung
1 biji oren
120g tepung gandum

Cara menyediakannya:
1.Oren di kupaskan kulitnya.Ambil kulitnya dan diparut sedikit. Isinya kisar dan ketepikan.
2 Kuning telur, garam dan separuh gula dimasukkan dalam adunan elektrik.Pukul sampai kembang.
3.Kemudian tambahkan minyak jagung dan gaul sebati. Setelah itu,masukkan isi oren tadi yang telah dikisar tadi dan tepung yang sudah diayak. Gaul semua adunan sampai sebati.
4Sementara itu, telur putih dan separuh lagi gula dipukul sehingga menjadi kembang dan keras. Di mana apa bila terbalikkan adunannya tidak terbalik/jatuh.
5.Adunan telur kuning tadi dicampurkan dengan adunan putih telur. Gunakan kaedah kaup balik. Lakukan proses ini berulang kali sampai habis.
6Tuangkan semua adunan kedalam acuan. Masukkan dalam oven dan bakar pada 170 darjah antara 25-30minit.

Bawal Hitam Masak Taucu

~~~•Resipi ini dikongsi oleh Vivian Elise•~~~

Bahan-Bahan;
1 ekor ikan bawal hitam
Halia secukupnya
1 biji cili merah /cili padi
2 sudu taucu
Bawang merah secukupnya
Bawang putih secukupnya
Daun bawang
1 sudu tepung jagung (gaul dengan air)

Cara menyediakan:
1.Ikan di cuci bersih dan di kelar-kelar. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan digoreng hingga garing.
2.Panaskan kuali dan tumis bawang putih,bawang merah, cili ,taucu,halia sampai naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan ia mendidih. Kalau kuahnya rasa masin masukkan sikit gula. Jika kurang masin pula masukkan sikit kicap.
3.Setelah cukup semua rasa baru letakkan daun bawang dan tepung jagung agar pekat kuahnya. Setelah kuahnya siap tuangkan keatas ikan yang sudah goreng dan hidangkan.
4.Semua bahan hendaklah cincang kecuali bawang merah dihiris nipis dan daun bawang dipotong pendek.

Jeruk Limau Kasturi


Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh;---> Belleberry Trinity~~~~


Limau kasturi dapat melegakan sakit tekak dan juga melegakan rasa haus/dahaga.Bagi mereka yang serak suara sangat bagus sekali untuk mencubanya.

Bahan-Bahan:
40 biji limau kasturi,40 biji asam
1 peket gula merah keping(dihancurkan)

Cara membuatnya:
1.Cuci bersih bekas/balang kaca dengan bersih dan jemur sampai kering.
2.Limau digosok-gosokkan dengan garam kasar dan cuci bersih. Ingat mesti toskan airnya sampai kering.
3.Belah limau secarab ersilang. Keluarkan bijinya dan sumbat/masukkan limau dengan asam/asamboi.
4.Masukkan gula merah keping(hancurkan) satu lapis dan limau satu lapis. Lakukan ia bersilang seli dan berulang sampai habis.Tutup mulut balang dengan beg plastik dan buatkan beberapa lubang kecil dengan mencucuk menggunakan garpu.
5.Perap selama2 minggu dan boleh digunakan.

Kekkeju cheddar (cheddar cheese cake)

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Carol Rachel Yap~~~~

Menjelang raya akan tiba tak lama lagi ingin dikongsi bersama anda kek keju cheddar. Bagi peminat kek mari la cuba membuat kek ini di rumah. Mesti sedap punya ler….

Bahan-bahan:
6 biji telur (telur putih dan kuning di asingkan)
100 g gula
6 keping keju cheddar
100 ml susu segar
100 g butter/mentega
100 g tepung kek

Kaedah:
1. Panaskan keju dan mentega bersama susu sehingga larut. Biarkan ia sejuk.(Gunakan kaedah double boiler untuk melarutnya)
2. Dengan menggunakan mesin pengadun tangan, pukul putih telur dengan kelajuan yang tinggi. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh)
3. Tuangkan campuran kuning telur kedalam bancuhan keju tadi.Masukkan tepung dan gaul dengan spatula sehingga sebati.
4.Kemudian tuangkan separuh meringue (bancuhan putih telur tadi)dalam adunan keju, kacau perlahan-lahan dengan spatula.
5. Tuang campuran keju kedalam meringue dan gaul perlahan-lahan dengan spatula getah sehingga sebati.
6. Tuangkan bancuhan kedalam loyang saiz8-9 inci. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 30 minit. Kemudian kurangkan suhu ke 160 darjah selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Ikan asam pedas

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Lynn Hoe~~~~

Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung atau lebih
pes asam pedas secukupnya
Bawang putih secukupnya
Bawang merah secukupnya

Cara menyediakan:
1.Ikan kembung di goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan pes asam pedas dan masak hingga kuahnya pekat.Angkat dan tuangkan kuahnya atas ikan yang sudah goreng tadi. Siap di hidangkan..

Bihun Goreng Ala Vietnam

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh;---> Anne~~~~

Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak,
4-5 biji bawang besar (dicincang)
400g bihun
Kubis (dipotong kecil)
1 biji cili merah(dicincang)
150g udang
1 keping kek ikan/fish cake (dihiris)
100g taugeh
daun ketumbar (dihiris)

Bahan Perasa:
6 sudu besarsos ikan
½ sudu besar gula
1 sudu besarsos tiram
serbuk lada
200ml air
sedikit limau nipis.

Cara menyediakannya:
1. Rendamkan bihun dengan air sejuk kira-kira setengah jam sehingga lembut, toskan air ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, tambah cili merah, udan gdan kek ikan.
3. Kemudian masukkan bihun dan kesemua bahan perasa. Gorengkan dengan menggunakan api yang kecil kemudian masukkan taugeh dan kubis kacau rata
4.Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan kacau. Bila makan perahkan dengan jus limau.

Ayam goreng telur masin


Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Elyn Liew •~~~~

Bahan-Bahan:
20 kepak ayam
1mangkuk tepung
3 biji telur masin
3 biji cili padi
5 tangkai daun kari
1 sudu mentega
3 sudu besar susu
Garam secukup rasa
lada (secukupnya)

Cara menyediakan: 
1. Perap ayam dengan lada dan garam selama 1-2 jam
2. Celupkan ayam dengan tepung dan di goreng hingga warna keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan masuk kan mentega. Tumiskan daun kari, telur masin, cili padi hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan ayam dan susu. Gaul sebati kesemuanya dan siap untuk dinikmati

Tom Yam Putih

sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:--> Alfy cham •~~~~

Bahan-Bahan:
1 kg udang
10 biji cilipadi
3 biji tomato
Daun ketumbar secukupnya
5-6 keping daun limaupurut
6-7 biji limau nipis/kasturi
4-5 batang serai(diketuk)
1 kepinglengkuas
6-7 biji bawang merah (diketuk)
6-7 bawang putih (diketuk)

Cara menyediakan:
1. Ambil periuk masukkan air dan biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan lengkuas,serai,bawang putih,bawang merah,cili padi,dan daun limau purut biarkan ia sampai keluar bau wangi.
3. Kemudian baru masukkan tomato diikuti jus limau. Kalau tidak mahu kuah terlalu masam jangan masuk terlalu banyak. Ikut selera masing-masing.
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan udang.
5. Siap dan boleh dihidangkan..

Apam Pandan

Sumber:--->Kongsi Sedap


Bahan A:
300g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu serbuk penaik
1 paket ENO

Bahan B:
20 helai daun pandan
200ml air
150g gula
200ml santan
(hanya perlukan 150ml air pandan)

Bahan yang di perlukan
Cawan kertas dan acuan
Cara membuatnya:
1.Kisar daun pandan dengan air 200ml air. Tapis dan ketepikan.
2.Guna 150ml air daun pandan dimasak dengan gula hingga larut. Simpan hingga sejuk.
3.Tepung diayak.Kemudianmasukkan serbuk penaik,ENO,telur,santandan air daun pandan yang telah masak tadi. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
4.Tuangkan bancuhan kedalam acuan yang telah disediakan.Kukus dalam 20-25 minit dengan api yang besar.
5.Setelah masak angkat dan cucuk guna pengungkil gigi. Kalau sudah tidak melekat maksudnya ia sudahmasak. Siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba..

Kepak ayam coca-cola

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Leo Yap•~~~~


Bahan-Bahan

kepak ayam (secukupnya)

1 tin coca-cola

bawang secukupnya

halia secukupnya

kicap pekat (secukupnya)

garam secukup rasa

timun -untuk hiasan



Cara menyediakan:

1.Cuci bersih kepak ayam dan toskan. Kemudian perap dengan semua bahan selama 4 jam. Cucuk-cucukkan kepak guna pengungkil gigi agar ia cepat meresap.

2.Gorengkan kepak hingga garing dan ketepikan.

3.1 tin coca-cola dimasukkan dalam kuali dan masukkan ayam. Tutupkan kuali dan biarkan ia mendidih sampai 10 minit.

4 .Bukakan tudung kuali dan kacau hingga kering

5.Setelah kering angkat dan hias dengan timun. Siap dan boleh dihidangkan.



Selamat mencuba, resepi baru kepak ayam coco-cola yang lazat dan mudah dibuat.

~~~Resipi ini dikongsi oleh Carol Rachel Yap ~~~

Sumber:--->Kongsi Sedap

Hokkaido cup kek
Hokkaido Cup Kek resepi yang ingin dikongsi bersama. Namanya gah macam nama jepun jer.. Tapi tidaklah..nama jer jepun tapi tempatan cara. Bahannya pun tak susah diperolehi..
Bahan A:
~ 3 biji telur kuning
~ 60g susu
~ 90g tepung kek
~ 40g minyak jagung
~ 1/2 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
~ 3 biji telur putih
~ 1/4 sudu kecil krim tartar
~ 60g Gula
Kaedah:
1) Pukul kuning telur dengan esen vanila. Tambahkan minyak + susu dan gaul rata.
2) Ayak tepung ke dalam kuning telur campuran dan gaul sehingga sebati.
3) Pukul putih telur dengan krim tartar sehingga berbuih dan kemudian masukkan gula dan pukul hingga pekat.
4) Kaupkan separuh daripada putih telur ke dalam adunan telur kuning dan gaul rata. Kemudian masukkan separuh lagi dan gaul sehingga sebati.
5) tuang adunan ke dalam cup kek dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180c selama 15-20min. Biarkan sejuk.
7) Buat satu lubang kecil di tengah-tengah, pamkan krim kastard ke dalam kek tadi.
Kek Hokkaido sedap dimakan bersama dengan krim vanilla kastard. Di bawah ini disertakan bahan dan cara menyediakannya.
(Krim Vanilla Kastard)
Bahan A:
~ 130g Susu
~ 30g Gula kastor
~ 2 biji Telur Kuning
~ 1 sudu teh tepung jagung
~ 2 sudu kecil tepung kek
~ 1/2 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
~ 70g UHT Whipping cream
Kaedah:
1. Campurkan semua bahan A dan dimasak dengan api yang perlahan. Jangan berhenti mengacaunya semasa memasak. Masak sehingga adunan bertukar jadi pekat. Biarkan sejuk seketika..
2. Pukul whipping krim sehingga menjadi pekat.
3. Kemudian campurkan krim ke dalam bahan A yang telah dimasak tadi .
4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipam ke dalam kek tadi

Cakoi

Sumber:--->Kongsi Sedap

Satu makanan yang menjadi kegemaran semua bangsa. Sangat sedap dimakan ketika sarapan pagi dan ketika minum petang. Boleh dimakan begitu saja bersama kopi o atau teh panas. Tetapi sangat sedap jika dicicah bersama kuah kaya, sambal tumis dan kuah kacang. Ummm..pasti terangkat la.

Bahan-bahan: 400g tepung gandum, 1 cawan air, 1 sudu besar marjerin (cairkan), 1 sudu kecil garam, 3 sudu besar gula, 1 sudu besar susu pekat manis (susu tepung pun boleh), 1 biji kuning telur, 2 sudu teh yis kering (mauripan), ½ sudu teh soda bikarbonat, minyak untuk mengoreng.

Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli lagi. Kalau adunan macam lembik hingga susah nak uli tambahkan tepung sikit demi sikit.
3. Ulikan adunan sehingga ia tidak melekat.
4. Kemudian, canaikan 4-5cm memanjang. Potong memendek anggaran 1-1.5 inci
5. Panaskan minyak. Sebelum mengoreng cakoi tadi tarikkan sikit sebelum digoreng. Ini supaya agar cakoi tu nampak lebih panjang dari saiz asal. .

Ayam Lemon Madu

Sumber:--->Kongsi Sedap

Resepi sedap yang ingin dikongsi hari ini adalah ayam lemon madu. Senang saja bahan dan cara penyediaannya. Jika dulu kena pergi ke restoran untuk menikmatinya. Apa kata sekarang anda membuatnya sendiri di rumah. Masak ala-ala chef..bila lagi nak tunjukkan skil yang lama tersimpan tu. Sangat sedap di makan ketika masih panas.

Bahan-bahan: 

200g isi ayam (potong kecil), 80g tepung serbaguna, 1 biji telur, minyak untuk menggoreng
Bahan sos: 2cm halia (dihiris), 3 sudu makan jus lemon, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan tepung jagung, 100ml air, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara menyediakannya:
1. Isi ayam dan tepung digaul rata. Kemudian celupkan ayam dengan putih telur dan salutkan dengan tepung tadi.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Goreng ala-ala deep fry.
3. Goreng sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
4. Bagi membuat sosnya..Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk kecuali jus lemon.
5. Kacau sebati. Masukkan tepung jagung dan air. Laraskan kepekatan sos samada mahu atau kurangkan air/tepung jagung.
6. Masukkan jus lemon sedikit demi sikit.
7. Akhir sekali, tuangkan sos lemon ke atas ayam yang digoreng tadi atau dihidangkan secara berasingan.

Jus Pisang Bersama Limau Manis

Sumber:--->Kongsi Sedap

Anda mahu sesuatu yang sedap tetapi berkhasiat. Mari kita cuba Jus Pisang Bersama Limau Manis. Buah yang senang diperolehi dan mudah disediakan hanya masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar. Petik jari jer dan siap. Jus ini bukan saja sedap tetapi banyak khasiat. Maklum la kena jaga sikit kesihatan kita agar lebih sihat.

Bahan-bahan: 1 biji pisang dikupas (160g), 1 biji limau (105g), 1 hiris lemon, 1 sudu teh madu, 250ml air sejuk.

Cara menyediakanya:
1. Pisang dipotong kecil. Limau dibuang kulit dan bijinya. Lemon diperah jadikan jus.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan tambahkan madu serta air. Kisar rata dan sedia untuk dinikmati.

Tips kesihatan:
Minuman ini sangat sesuai diminum oleh semua peringkat umur terutama sekali apabila dalam cuaca panas. Tetapi ia sangat tidak sesuai untuk mereka yang perut berasid dan mengalami cirit birit.

Tips lain:
Penggunaan kulit pisang: ia boleh digunakan untuk merawat keradangan di mana ia dilenyek bersama jus halia ataupun digosok pada telapak untuk mengelakkan pengelupasan dan keradangan hati.

Kebaikan:
Jus ini membantu untuk mengekalkan bentuk badan. Limau mengandungi banyak vitamin C, asid sitrik, serat, merawat sembelit, paru-paru dan penghadaman. Selain itu, ia membantu dalam pengurusan badan. Sementara pisang pula buah yang kaya dengan nutrisi yang dapat mengawal pengambilan kalori dan memperbaiki sembelit ketika berdiet.