Sabtu, 16 Agustus 2014
RESEPI DOH PIZZA
Bahan
2 cawan tepung high protein ( tepung gandum pun boleh)
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam (+/-)
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener ( optional )
1 sudu besar butter cair
Cara-cara :
satukan yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang masih elok akan mengeluarkan buih and mengembang elok ) if tak kembang means yis tu dah rosak ye
Dalam bekas bersih, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. if ada BM ..just set ikut arahan mesin BM. mama uli guna kudrat 4 kerat nie aje..hihi...lagi lama and hingga doh licin and elastik..lagi cantik doh crust nya nanti..
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab.
( mama panaskan oven 160'c selama 10 minit then just letak mangkuk berisi doh tadi kat dalam ..( jangan on elektrik yee)..biarkan aje hingga mengembang..cepat cara nie..kalau letak kat suhu bilik mau sejam lebih gak doh kembang.
once doh dah kembang ..keluarkan then tumbuk tumbuk doh ( gaya macam nak lepas geram gitu ,..hihi) untuk buang angin ..then bahagikn kepada 2 portion sama banyak.
canai and add dlm loyang.cucuk cucuk sikit doh nya.( rujuk gambar)
rehat kan doh sebentar dlm 10 minit
then bakar sebentar dlm 8 minit api atas bawah bersuhu 160'c
Akhir sekali ratakan dengan sos pizza, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
MEMO:
DLM TOPPING PIZZA NYA MAMA ADD HOMEMADE MEATBALL.RESEPI NYA BOLEH TENGOK KAT LINK INI- link hanya boleh di click buka and view thru pc ya..hp tak boleh .
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar