Sabtu, 16 Agustus 2014
KEK GEBU BUTTER COKLAT
1 cawan butter
2 cawan caster sugar
4 biji telor A ( jgn lupa buang tali pusat telor color putih tue yee untuk elak kek hanyir)
*3 cawan tepung gandum/tepung kek or kalau guna tepung naik sendiri boleh skip baking powder yee )
1 cawan fresh milk
1 sudu kecil essen vanilla
*2 ½ sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar coklat emulco
11/2 sudu kecil pewarna kuning ( yang nie mama skip time buat swiss roll cake)
1 sudu kecil flavor pilihan ( mama letak flavor nenas)
- Bahan bertanda (*) diayak sekali
Method nya:
-pukul butter and caster sugar hingga betul betul gebu and putih/ringan.
- masukkan telor sebiji demi sebiji..hingga habis..( setiap kali add telor terus pukul sebati then add lagi hingga habis) –proses nie buat kek gebu and ringan texture nya nanti.
- add tepung selang seli dengan fresh milk ( bahagikan tepung pada 3 bahagian..setiap bahagian dipukul sebati..masuk tepung then fresh milk , tepung lagi and fresh milk then akhirkan dengan tepung balik..teknik nie buat kek yang diadun sebati dengan elok..kalau tuang sekali harung susah gak nak handle mixer tangan.. bila dah sebati add essen vanilla ..pukul sebentar hingga sebati..
- bahagikan adunan sama banyak kepada 2 portion..portion pertama di add color kuning and flavor yang uollsssss suka. Satu lagi portion add coklat emulco..sebatikan ..
-Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160’c selama 10 minit
-Oles Loyang dengan sedikit butter and tabur tepung sikit .then tuang masuk adunan ..( utk swiss roll cake mama lapik dasar loyang dengan kertas minyak )
- then bila oven dah panas turun kan suhu ke 150'c-and setting time bakar 25-30 minit aje untuk swiss roll yang nipis nie bergantung pada jenis oven masing masing yee
- bila kek dah masak ..sejukkan dahulu and tarik keluar kertas minyak yang berisi kek tadi perlahan lahan keluar dari loyang..bila dah sejuk sapu apa apa jenis jem kesukaan uollss..then gulung perlahan2..and siap dah boleh potong...walaaaaaaaaaaaa..
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar