Kamis, 20 Maret 2014

Peria Masak Taucu

~~~•Resipi ini dikongsi oleh :--->Anne~~~

Bahan-Bahan;
1 biji peria (potongkecil)
300g dada ayam
2 sudu besar taucu
I sudu bawang putih (cincang)
1 sudu tepung jagung
1 sudu kicap
½ sudu sos tiram
1 cawan air
Gula (secukupnya)
Lada putih (secukupnya

Cara membuatnya:
1.Bersihkan peria dan keluarkan bijinya.Kemudian potong kecil-kecil.
2.Rebuskan peria dalam air panas selama 5 minit. Angkat dan toskan airnya.
3.Ayam di gaul dengan tepung jagung dan lada putih. Ketepikan.
4.Panaskan kuali.Tumiskan bawang putih dan masukkan taucu.Kacau sebati. Setelah itu, masukkan ayam dan air.Biarkan ia mendidih.Setelah itu, masukkan sos tiram,kicap, gula dan akhir sekali peria. Kacau semuanya sebati. Setelah ayam masak angkat dan hidangkan…

Ayam Goreng Belacan


Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Anne~~~

Bahan-Bahan:
12 keping kepak ayam(kira-kira1 kg)
5 sudu besartepung jagung
1 biji telur (dipukul)

Bahan perapan:
2 sudu besar pes belacan Lee Kum Kee/apa-apa brand
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halia cincang
1/2sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan

Cara menyediakan:
1.Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian perap bersama semua bahan perapan selama 3-4 jam.
2.Panaskan kuali dan masukkan minyak . Ayam dicelup dalam telur dan disalutkan dengan tepung jagung.
3.Goreng sampai kekuningan/garing. Toskan minyaknya dan siap untuk dihidang.

cake Ber cream

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Vivian Elisa~~~

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis
250ml whipping cream/krim putar
135g yogurt asli
5 sudu gelatin
1 tin buah buahan campuran/ mix fruit
1 bungkus biskuit

Cara membuatnya:
1.Dalam mangkuk besar masukkan whipping cream,susu pekat manis dan yogurt. Gaul sebati semuanya.
2.Masukkan air buah buahan campuran/mix fruit dan gelatin gaul sebati. Kemudian masak sampai cair dan biarkan sejuk.
3.Kemudian masukkan kedalam adunan krim dan gaul rata.
4.Masukkan biskuit dalam acuan atau sponge kek juga boleh digunakan. Kemudian tuangkan krim tadi sampai rata. Kemudian masukkan biskut lagi susun rata dan tuangkan krim lagi. Lakukan proses ini sampai selesai.Setelah itu,hiaskan dengan mix fruit atau apa saja buah yang anda inginkan.
5.Setelah siap simpan dalam peti sejuk dan biarkan 3-4jam. Siap dihidangkan.
Kalau tidak mahu menggunakan biskut boleh juga diganti gunakan kek.Disertakan bahan dan cara membuatnya….

Bahan kek:
4 biji telur
100g tepung jagung
50g gula halus

Cara membuatnya:
1.Pukul telur hingga kembang dan pekat. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sampai gula menjadi cair baru masukkan tepung jagung.
2.Tuangkan dalam loyang nipis dan bakar selama 15 minit pada suhu 160c.

Ayam Bersama Sos Bijan Istimewa

Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:---> Hs Hs Vivi~~~~

Bahan-Bahan:
5 ketul paha ayam
3 sudu minyak bijan
3 sudu besar bijan putih
2sudu teh serbuk pati ayam

Bahan perasa:
1 sudu besar cili merah dicincang
1sudu besardaun bawang dicincang
1 sudu besar gula
3sudu besar kicap
4 sudu lada sulah

Cara menyediakan:
1. Goreng/disagai bijan putihdi atas api kecil sehingga warna perang keemasan. Kemudian biarkan ia sejuk.
2. Biji bijan yang sudah di goreng ditumbuk halus atau diblender. Terpulang..
3. Ayam direbus. Air rebusan haruslah melebihi paras paha ayam. kemudian angkat dan ketepikan.
4. Ambil 100ml air rebusan ayam tadi untuk dijadikan kuah atau sosnya. Kemudian masukkan stok ayam/serbuk pati ayam dan masak bersama.
5. Apa bila ayam sudah sejuk, dipotong-potong dan diletakkan dalam piring.
6)Kuah atau sosnya tadi dimasukkan dengan bahan perasa dan bahan-bahan lain.Kesemuanya digaul sebati. Ayam ditaburkan dengan serbuk bijan dan tuangkan sos tadi diatasnya. Siap dan dihidangkan.Selamat mencuba.....

Kek Span Oren

sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh:--> Yaw Meei Ing~~~~


Bahan-bahan:
7 biji kuning telur, 7 biji telur putih
150g gula halus
secubit garam
3 sudu besar minyak jagung
1 biji oren
120g tepung gandum

Cara menyediakannya:
1.Oren di kupaskan kulitnya.Ambil kulitnya dan diparut sedikit. Isinya kisar dan ketepikan.
2 Kuning telur, garam dan separuh gula dimasukkan dalam adunan elektrik.Pukul sampai kembang.
3.Kemudian tambahkan minyak jagung dan gaul sebati. Setelah itu,masukkan isi oren tadi yang telah dikisar tadi dan tepung yang sudah diayak. Gaul semua adunan sampai sebati.
4Sementara itu, telur putih dan separuh lagi gula dipukul sehingga menjadi kembang dan keras. Di mana apa bila terbalikkan adunannya tidak terbalik/jatuh.
5.Adunan telur kuning tadi dicampurkan dengan adunan putih telur. Gunakan kaedah kaup balik. Lakukan proses ini berulang kali sampai habis.
6Tuangkan semua adunan kedalam acuan. Masukkan dalam oven dan bakar pada 170 darjah antara 25-30minit.

Bawal Hitam Masak Taucu

~~~•Resipi ini dikongsi oleh Vivian Elise•~~~

Bahan-Bahan;
1 ekor ikan bawal hitam
Halia secukupnya
1 biji cili merah /cili padi
2 sudu taucu
Bawang merah secukupnya
Bawang putih secukupnya
Daun bawang
1 sudu tepung jagung (gaul dengan air)

Cara menyediakan:
1.Ikan di cuci bersih dan di kelar-kelar. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan digoreng hingga garing.
2.Panaskan kuali dan tumis bawang putih,bawang merah, cili ,taucu,halia sampai naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan ia mendidih. Kalau kuahnya rasa masin masukkan sikit gula. Jika kurang masin pula masukkan sikit kicap.
3.Setelah cukup semua rasa baru letakkan daun bawang dan tepung jagung agar pekat kuahnya. Setelah kuahnya siap tuangkan keatas ikan yang sudah goreng dan hidangkan.
4.Semua bahan hendaklah cincang kecuali bawang merah dihiris nipis dan daun bawang dipotong pendek.

Jeruk Limau Kasturi


Sumber:--->Kongsi Sedap

~~~•Resipi ini dikongsi oleh;---> Belleberry Trinity~~~~


Limau kasturi dapat melegakan sakit tekak dan juga melegakan rasa haus/dahaga.Bagi mereka yang serak suara sangat bagus sekali untuk mencubanya.

Bahan-Bahan:
40 biji limau kasturi,40 biji asam
1 peket gula merah keping(dihancurkan)

Cara membuatnya:
1.Cuci bersih bekas/balang kaca dengan bersih dan jemur sampai kering.
2.Limau digosok-gosokkan dengan garam kasar dan cuci bersih. Ingat mesti toskan airnya sampai kering.
3.Belah limau secarab ersilang. Keluarkan bijinya dan sumbat/masukkan limau dengan asam/asamboi.
4.Masukkan gula merah keping(hancurkan) satu lapis dan limau satu lapis. Lakukan ia bersilang seli dan berulang sampai habis.Tutup mulut balang dengan beg plastik dan buatkan beberapa lubang kecil dengan mencucuk menggunakan garpu.
5.Perap selama2 minggu dan boleh digunakan.